BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, November 25, 2011

DENGARILAH WAHAI TEMANKU SAYANG

Temanku ,
allah menciptakan manusia sama,
dengan sebaik2 kejadian,
cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
ada yg lalai dengan angan-angan,
ada yg tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana allah maha adil sifat nya,
kelalian dibalas kegagalan,
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
kau diberi peluang membuat pilihan,
kau jua yg tanggung natijahnya.
sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian(surah al-tin;4)

sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
kita akan pulang kepadanya,
hidup di dunia akan di tanya,
adakah diisi dengan sebaiknya,?
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu sebagai bekanal,
kelak di sana rendah darjatnya,
allah akan mengangkat orang beriman diantara kamu dan org beilmu bebrapa darjat
.(surah al-mujadalah:11)

temanku,
renugilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara memenuhinya,
begitu juga kita,
jika tidak di isi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
diri kita perlu pengisian,
dengan ilmu dan agama,
agar hidup dekat dengan nya,
barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati tg takutkan tuhan,
oleh itu ,tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
you are the best ummah.(ali imran:110)
sesungguhnya org yg paling mulia di sisi allah adalah org yg paling bertaqwa,(al-hujrat:13)
jelaska visi perjalanan,
ya tuhan kami beilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka,(al-alaq:1-2)
sedarlah kita pemikul amanat tuhan,
'sesungguhnya kemi telah mengemukan amanat kpd langit,bumi dan gunung -ganang,
maka semuanya enggan pemikul amanat itu dam mereka khuatir akan mengkhianatinya,
dan dipikulah amanat itu oleh manusia,sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh(kerana mahu menerima tugas tapi tidak melaksanakan')(al-ahzab:72)
ketinggian seseorang kerana beriman,
'janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman'(ali-imran:139)

lantaran itu,carilah redha tuhan,
dengan melakukan sebaik2 amalan,
usaha x istiqomah- malas/masa+ yakin,
asas kejayaan
'allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri'(ar-ra'd:11)
'jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yg diberkan allah dan rasul-nya kpd mereka dan berkata:cukuplah allah bagi kami ,allah akan memberikan kpd kami sebahagian kurnia-nya dan demikian pula rasil-nya,sesungguhnya kami adalah org yg berharap kpd allah,(tentulah yg demikian itu lebih baik bagi mereka)'(at-tawbah:59)

temanku kau tak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian yg dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-nya,
jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
tapi,kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal menderita,
tiada nilaian pahala dari-nya,
malahan kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia2 kan amanah beharga.

temanku,
bangkitlah lenamu yg panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau jatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan utk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kite derita dengan usaha,
kelak kita akan di muliakan,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.

karya fatimah syrha.(tautan hati)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...