BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, April 29, 2014

UJIAN BUAT PARA HUFFAZ













Bismillahirahmanirahim..
Kami sering diuji,
Air mata sering kali jatuh ke pipi,
Tatkala Allah tidak mengizinkan kami untuk mengingati kalamNya..
Walaupun beratus kali kami mengulang.
Tetapi apabila Dia tidak mengizinkan..maka tidak lah.
Apabila situasi ini berlaku,
Kami sebagai hamba merasa resah dan gelisah..
Hati tidak tenang memikirkan apa dosa yang kami lakukan sehingga Allah tidak mengizinkan .
Situasi ini mengajar kami supaya sentiasa bermuhasabah dan sentiasa mengingatiNya..
Senyuman terukir tatkala Allah mengizinkan kami untuk mengingati kalamNya.
SUBHANALLAH..Tidak dapat ku gambarkan.
Betapa gembiranya hati ini bila Allah membenarkan kami untuk mengingati kalamNya,
Duhai manusia..

Bersyukurlah kamu tatkala diberi kenikmatan dan kemudahan dariNya,

Saturday, October 5, 2013

sahabah until jannah.

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t..



allah..allah..allah..pabila aku mendengar lagu ini..
fikiran aku mengimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabatku..
aku rindu sangat dekat sahabat-sahabat..
setelah 5 tahun bersama..kini terpakse berpisah..
terlalu banyak kenangan kami bersama..
kenangan pahit mengajar menbuatkan aku berfikiran lebih dewasa..
kenanagan manis menberi aku 1001 makna ..
ya ALLAH..
aku rindu sahabat-sahabt yang sering menasihati aku..
aku rindu sahabat-sahabt yang sering menegur aku jika aku salah..
aku rindu sahabat-sahabat yang setiap bersama aku di waktu susah dan senang..
aku rindu sahabat-sahabat yang sering mengingati aku tentang Mu Ya allah..
aku terlalu rindu pada mereka ya Allah..
tp janganlah engkau biarkan aku rindu mereka lebih drpd aku merinduiMu ya allah..


wahai sahabat-sahabtku..
teruskan perjuanganmu dalam mengejar impianmu..
ingatlah wahai sahabatku..
lakukan sesuatu perkara kerna satu matlamat iaitu mencari keredhaan Allah..
wassalam..:)







Thursday, March 8, 2012

maafkan aku wahai sahabatku..










assalamualaikum..
tiada niat dihati utk menyakiti perasan mu ,
ape tah lagi utk menyakitimu.
aku tahu..
aku bukan lah sahabat yg baik bagi mu
maafkan aku jika tindakan aku  menguris perasanmu.
aku bukan tak nak bgi tahu kamu,,
kau  sahabat yg terbaek bgi aku..
aku tak nak kamu risau memikirkan aku..
aku tahu kau sedih dengan sikap ku..
aku tahu kau selalu ambil berat tentang aku..
maafkan aku..
aku telah membuatkan kau sedih kerna sikap ku,,
aku hanya manusia biasa..
bantulah aku utk menjadi sahabat yg baek utk mu,,
walau apa pun yg terjadi.
sayang kamu fillah....^_^

Saturday, February 4, 2012

TARBIAH MELAHIRKAN MUKMIN MUJAHID













assalamualaikum w.b.t

tarbiyah islamiyah bukan sekadar membentuh seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya,
beramal dan bertaqwa seorg diri sahaja,
bahkan ia bertujuan melahirkan mikmin yg bersedia berkhidmat,
memberi sumbangan kepada islam dan berjihad pada jalan Allah.

Rasulullah SAW mendidik para sahabtnya sehingga menjadi mujahid yg kukuh iman mereka,
sentiasa bersedia utk bekorban dan berjihad di jalan Allah,
apabila islam berhajat kpd kerja dakwah,
maka tampillah para daie yg jujur,
berani dan sabar menyampaikan risalah islam melalui lisan dan contoh terbaek.
apabila islam memerlukan pengorbanan harta benda,
maka tampil lah para sahabat yg mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kpd Rasullulah dengan penuh keredhaan tanpa bakhil,
antara para sahabat ialah Abu Bakar al-siddiq,Umar al-khattab,Osman ibn Affan dan Abdul Rahman al-Auf.

semua ini adalah peribadi yg terlahir hasil drpd tarbiyah imaniyah yg berjalan di dalam marasah Rasullulah,
didikan Rasulullah bukan utk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi,
yg asyik  dengan riadah ruhiyah semata-mata,
tanpa menghiraukan tipu daya musuh yg ingin menghancurkan islam,
Rasulullah pernah menegur seorg lelaki yg ingin mengasingkan diri utk beribadah dan meniggalkan jihad,
kata Rasulillah kpd lelaki itu:

"jangan kamu lalukan demikian.sesungguhnya tegak seseorg kamu di jalan Allah (berjihad)
adalah lebih utama drpd ia solat di rumah selama 70 tahun.apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga?berjihadlah pd jalan ALLAH.sesiapa yg berperang pd jalan Allah di atas belakang unta,maka wajiblah baginya syurga"
                                                        (hadis riwayat at-tirmizi)

Hassan al-banna perna menyebut:

Jihad adalah fardu yg berjalan terus sampai hati kiamat"

serendah-rendah tingkat jihad itu dengan cara membantah di dalam hati
dan setinggi-tinggi ialah berperanag fisabilillah kerana kebenaran,
di antara kedua-dua ingkat itu,
terdapat cara-cara berjihad dengan tangan dan berjihad dengan cara berani,
bercakap benar ,
semua sifat dan tigkat jihat tersebut akan lahir melalui proses tarbiyah imaniyah..
insyallah!!

PEROSES TARBIYAH MESTI BERTERUSAN..

TARBIYAH ITU INDAH!!

wassalam..

Wednesday, December 21, 2011

subhanallah!!allah itu maha pengampun..







assalamualaikum!!
sahabat-sahabat..^_^

Dari Anas r.a ,dia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah saw bersabda ,'Allah swt berfirman 

'Wahai anak Adam ,sesungguhnya engkau berdoa kpd-ku  

dan memohon kpd -ku maka aku ampuni engkau,

Aku tidak peduli (berapa pun banyak dan besar dosamu).

Wahai anak-anak adam,seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit.

kemudian engkau meminta ampun kepada -ku .

nescaya aku ampuni engkau..

wahai anak adam,sesungguhnya jika engkau dtg kpd-ku dengan kesalahan sepenuh bumi..

kemudian engkau menemui-ku dan tidak menyekutukan  aku sedikit pun..

maka akan aku temui engkau dengan keampunan sepenuh itu pula..

(HR.Tirmizi,dia berkata,"hadis ini hassan sahih")

 sahabat2 ana sekalian..
SUBAHANALLAH!!
Allah itu sesungguhnya maha pengampun..
mohonlah kemampunan kpd allah dengan sabar ..
setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan..
mohonlah keampunan kpd ALLAH..

swekian..wassalam...^_^




 

Sunday, December 4, 2011

__AInuL mArDhIAh__

                                                 gambar ini adalah hiasan semate-mate..

ASSALAMUALAIKUM...
salam dakwah seluas mahabbah,,
sahabat yg ana sayangi sekalian,
ana ingin berkongsi cerita tentang seorg bidadari syurga..

Ainul mardhiah yg bererti 'mata yang diredhai' adalah bidadari yang sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yang lain.dia telah diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk seorang pemuda yg mati syahid.

Suatu pagi di dalam bulan ramadhan .Rasulullah S.A.W. telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai  penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama allah).Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa sahaja yg keluar berjihad di jalan allah dan tiba-tiba dia mati syahid,maka dia akan dikurniakan seorg bidadari yg paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga iaitu AINUL MARDHIAH.

Apabila  mendengar ucapan Rasulullah SAW itu,seorang pemuda yg masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yg telah Rasulullah SAW sebutkan itu.oleh kerana pemuda itu berasa malu kpd sahabat-sahabat yg lain.dia agak keberatan utk bertanyakan hal ini kpd Rasulluah SAW.walaubagaimanapun dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

Telah tiba sunnah Rasulullah SAW utk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor.maka pemuda itu itu pon tidur bersama-sama jemaah tadi.di dalam tidurnya,pemuda itu telah bermimpu bertemu dengan seorg lelaki berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yg berseri-seri,di suatu tempat yg sungguh indah.pemuda itu pin bertanya ."dimanakah aku sekarang ini?".lalu lelaki itu menjawab."Inilah syurga".kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan Ainul Mardhiah.lelaki itu pon menunjukakan ke suatu arah .maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yg ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorg wanita yg amat cantik.pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorg wanita seperti itu di dunia .dia pun memberi salam lalu bertanya."Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?"wanita itu menjawab ."bukan .saya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yg cukip indah dan bertemu dengan seorg lagi wanita yg kecantikannya berganda-ganda dari wanita yg pertama tadi.wanita itu sedang mengelap permata hiasan di dalam mahligai itu.lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi."Adakah kamu ini Ainul Mardhiah ?.lalu wanita itu pun menjawab."bukan .saya adalah khadamnya .Ainul mardhiah ada di atas mahligai sana."lalu pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu.kemudian sampai ke satu mahligai.

Di situ dia melihat seorang wanita yg berganda-ganda cantiknya dari wanita yg pertama dan berganda-ganda cantiknya dari wanita yg kedua .wanita itu berkata kpd pemuda itu."Akulah Ainul Mardhiah.aku diciptakan utk kamu dan kamu diciptakan utk aku".pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah ,namun ainul mardhiah berkata kpd pemuda itu."kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi".pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya.dia lalu menceritakan segala yg dimimpikan itu kpd sahabatnya.namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan mempinya itu kpd Rasulullah SAW.

Disebelah petangnya.pemuda itu telah keluar utk berjihad bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yg lain.takdir telah menentukan pemuda tadi itu gugur  syahid.ketika semua jemaah pulanh ke masjid utk menantikan waktu berbuka puasa,sahabat  pemuda yg gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasulluah SAW.dia menceritakan  kpd Rasulullah perihal sahabtnya yg gugur syahid itu.ketika sahabat itu bercerita ,Rasulullah SAW hanya menjawab ."benar:"

Kemudian setelah sahabat itu selaesai .Rasullulah SAW pun berkata kpdnya ."Memang benar apa yg kamu ceritakan tadi.sahabatmu itu sedang menunggu utk berbuka puasa di dalam syurga."


Subahanallah !!sahabat ana ketahuilah..ALLAH menjanjikan balasan yg amat besar bagi org2 yg syahid
di jalan ALLAH... mahukah sahabat ana didampingi oleh bidadari syurga seperti AINUL MARDHIAH??
jadi marilah kite renung2 kan..



ILAL LIQA'..^_^

Sunday, November 27, 2011

OH JIWAKU,MARILAH MERASAI,DEKAT DENGAN ISLAM DEKAT JUA DENGAN ALLAH TAALA.

  Ketahuilah jiwaku,natijah yg nampak seolah-olah islami,tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan allah ,ditolak oleh allah s.w.t dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh allah s.w.t.satu hadis rasulillah s.a.w yg diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a  wajar kita renungkan.
 
Perkara pertama yg alan diputuskan di hari kiamat ialah seorg yg mati syahid .maka dihadapkan dan ditanya beberapa nikmat allah kpdnya .setelah diakui banyaknya nikmat allah ,maka ditanya :apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?jawabnya:sayatelah berjuang untuk Mu sehinggalah mati syahid.
jawab allah:dusta engkau.tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian .kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

 Begitu juga nasib seorg pelajar yg pandai serta mengajar al-quran .allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan utk terkenal sebagai qori.kemudian diseret ke dalam neraka.
 
Seorang hartawan yg suka menderma ketika hidunya ,juga dicampakkan ke neraka.ini kerana amalnya terputus hubungan debgan allah dan bertujuan utk dikenali sebagai dermawan.
 
 Duhai jiwaku,tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?sedangkan seorg yg mati syahid .qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku?sudahlah sikit amalku,bercampur baur pula dengan karat mazmumah.biarpun hidupku dekat dengan isalam ,namun bersihkah engkau duhai hatiku?

 Persediaan hati perlukan peroses tarbiah tersusun bermula dengan tazkitah an-nafs dan mua'lajatul ujub(mengikis keaiban) .mujahadah yg dituntut amatlah perit dan bukan sedikit.ia tidak boleh diambil mudah!hanya dorongan iman dari hati yg diproses utk dekat dengan allah akan memampukan seseorg melakukan setiap ap yg diperintahkan oleh allah s.w.t.serta menjauhi segala larangan-nya secara menyeluruh.inilah hakikat perhambaan sebebarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan allah.
 
Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan allah dalam setipa detik nadi mereka berdenyut .setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kpd cinta allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dala tingkah laku kita.kita cintakan ISLAM KAFFAH!! bukan sekadar sistem pentadbiran yg perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu islami merangkumi hati,pemikiran dan amalan .berkata Hassan al-hudaibi:tegakkan islam dalam diri ,nescaya tegaklah islam di muka bumi.wahai diri bagaimanakah praktikalnya?
 
Kekuatan hubungan dengan allah sahajalah yg menjadi tenaga penggerak hati,rasa ,pemikiran dan sahsiah diri  sejajar  dengan syarat-syarat keislaman.inilah rahsia kekuatan sebenar yg akan mencorakkan seseorg dengan corakan allah s.w.t(sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun dikhalayak ramai ,gelap atau terang,susah atau senang,setipa ketika,dimana sahaja .inilah proses didikan yg dilakukan oleh rasululah s.a.w. kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-quran yg unik .

 Iman mereka di iktiraf oleh allah dan apa yg wajar di contohi ialah keimanan mereka,cara mereka berhubung dengan allah dan rasulnya,keyakinan mereka ,cara mereka berfikir dengan tingkah laku mereka .hakikat ini perlu diyakini dan dirasai utk mengikut jejak langkah mereka.sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan U'BUDIYYAH kpd allah,maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yg utama.
 
Hakikat ini perlu dirasai agar setipa rasa,pemikiran,tingkah laku kita selaras dengan kehendak allah,jernih dengan fikrah islam yg dibawa oleh rasulullah s.a.w .itulah generasi al-quran yg unik .oh hati!!.kenapa ruhiyyahmu gersang?adakah kau jauh drpd allah?aduhai..sebeginikah yg akan membawa org mengenali allah?oh hati!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...