BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, December 21, 2011

subhanallah!!allah itu maha pengampun..







assalamualaikum!!
sahabat-sahabat..^_^

Dari Anas r.a ,dia berkata, 'Saya mendengar Rasulullah saw bersabda ,'Allah swt berfirman 

'Wahai anak Adam ,sesungguhnya engkau berdoa kpd-ku  

dan memohon kpd -ku maka aku ampuni engkau,

Aku tidak peduli (berapa pun banyak dan besar dosamu).

Wahai anak-anak adam,seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit.

kemudian engkau meminta ampun kepada -ku .

nescaya aku ampuni engkau..

wahai anak adam,sesungguhnya jika engkau dtg kpd-ku dengan kesalahan sepenuh bumi..

kemudian engkau menemui-ku dan tidak menyekutukan  aku sedikit pun..

maka akan aku temui engkau dengan keampunan sepenuh itu pula..

(HR.Tirmizi,dia berkata,"hadis ini hassan sahih")

 sahabat2 ana sekalian..
SUBAHANALLAH!!
Allah itu sesungguhnya maha pengampun..
mohonlah kemampunan kpd allah dengan sabar ..
setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan..
mohonlah keampunan kpd ALLAH..

swekian..wassalam...^_^




 

Sunday, December 4, 2011

__AInuL mArDhIAh__

                                                 gambar ini adalah hiasan semate-mate..

ASSALAMUALAIKUM...
salam dakwah seluas mahabbah,,
sahabat yg ana sayangi sekalian,
ana ingin berkongsi cerita tentang seorg bidadari syurga..

Ainul mardhiah yg bererti 'mata yang diredhai' adalah bidadari yang sangat rupawan di kalangan bidadari-bidadari yang lain.dia telah diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk seorang pemuda yg mati syahid.

Suatu pagi di dalam bulan ramadhan .Rasulullah S.A.W. telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai  penyuntik semangat untuk sahabat-sahabat berjihad pada agama allah).Rasulullah SAW telah berkata bahawa sesiapa sahaja yg keluar berjihad di jalan allah dan tiba-tiba dia mati syahid,maka dia akan dikurniakan seorg bidadari yg paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga iaitu AINUL MARDHIAH.

Apabila  mendengar ucapan Rasulullah SAW itu,seorang pemuda yg masih muda belia ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yg telah Rasulullah SAW sebutkan itu.oleh kerana pemuda itu berasa malu kpd sahabat-sahabat yg lain.dia agak keberatan utk bertanyakan hal ini kpd Rasulluah SAW.walaubagaimanapun dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

Telah tiba sunnah Rasulullah SAW utk tidur sebentar sebelum tiba waktu Zohor.maka pemuda itu itu pon tidur bersama-sama jemaah tadi.di dalam tidurnya,pemuda itu telah bermimpu bertemu dengan seorg lelaki berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yg berseri-seri,di suatu tempat yg sungguh indah.pemuda itu pin bertanya ."dimanakah aku sekarang ini?".lalu lelaki itu menjawab."Inilah syurga".kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya utk berjumpa dengan Ainul Mardhiah.lelaki itu pon menunjukakan ke suatu arah .maka berjalanlah pemuda itu mengikut arah yg ditunjukkan lalu bertemu dengan sebatang pohon dan seorg wanita yg amat cantik.pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorg wanita seperti itu di dunia .dia pun memberi salam lalu bertanya."Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?"wanita itu menjawab ."bukan .saya khadamnya.Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana."

Pemuda itu pun berjalan dan memasuki satu mahligai yg cukip indah dan bertemu dengan seorg lagi wanita yg kecantikannya berganda-ganda dari wanita yg pertama tadi.wanita itu sedang mengelap permata hiasan di dalam mahligai itu.lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi."Adakah kamu ini Ainul Mardhiah ?.lalu wanita itu pun menjawab."bukan .saya adalah khadamnya .Ainul mardhiah ada di atas mahligai sana."lalu pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu.kemudian sampai ke satu mahligai.

Di situ dia melihat seorang wanita yg berganda-ganda cantiknya dari wanita yg pertama dan berganda-ganda cantiknya dari wanita yg kedua .wanita itu berkata kpd pemuda itu."Akulah Ainul Mardhiah.aku diciptakan utk kamu dan kamu diciptakan utk aku".pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah ,namun ainul mardhiah berkata kpd pemuda itu."kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi".pemuda itu tersentak dan terjaga dari tidurnya.dia lalu menceritakan segala yg dimimpikan itu kpd sahabatnya.namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan mempinya itu kpd Rasulullah SAW.

Disebelah petangnya.pemuda itu telah keluar utk berjihad bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat yg lain.takdir telah menentukan pemuda tadi itu gugur  syahid.ketika semua jemaah pulanh ke masjid utk menantikan waktu berbuka puasa,sahabat  pemuda yg gugur syahid itu pun bangun dan merapati Rasulluah SAW.dia menceritakan  kpd Rasulullah perihal sahabtnya yg gugur syahid itu.ketika sahabat itu bercerita ,Rasulullah SAW hanya menjawab ."benar:"

Kemudian setelah sahabat itu selaesai .Rasullulah SAW pun berkata kpdnya ."Memang benar apa yg kamu ceritakan tadi.sahabatmu itu sedang menunggu utk berbuka puasa di dalam syurga."


Subahanallah !!sahabat ana ketahuilah..ALLAH menjanjikan balasan yg amat besar bagi org2 yg syahid
di jalan ALLAH... mahukah sahabat ana didampingi oleh bidadari syurga seperti AINUL MARDHIAH??
jadi marilah kite renung2 kan..



ILAL LIQA'..^_^

Sunday, November 27, 2011

OH JIWAKU,MARILAH MERASAI,DEKAT DENGAN ISLAM DEKAT JUA DENGAN ALLAH TAALA.

  Ketahuilah jiwaku,natijah yg nampak seolah-olah islami,tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan allah ,ditolak oleh allah s.w.t dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh allah s.w.t.satu hadis rasulillah s.a.w yg diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a  wajar kita renungkan.
 
Perkara pertama yg alan diputuskan di hari kiamat ialah seorg yg mati syahid .maka dihadapkan dan ditanya beberapa nikmat allah kpdnya .setelah diakui banyaknya nikmat allah ,maka ditanya :apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?jawabnya:sayatelah berjuang untuk Mu sehinggalah mati syahid.
jawab allah:dusta engkau.tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian .kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

 Begitu juga nasib seorg pelajar yg pandai serta mengajar al-quran .allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan utk terkenal sebagai qori.kemudian diseret ke dalam neraka.
 
Seorang hartawan yg suka menderma ketika hidunya ,juga dicampakkan ke neraka.ini kerana amalnya terputus hubungan debgan allah dan bertujuan utk dikenali sebagai dermawan.
 
 Duhai jiwaku,tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?sedangkan seorg yg mati syahid .qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku?sudahlah sikit amalku,bercampur baur pula dengan karat mazmumah.biarpun hidupku dekat dengan isalam ,namun bersihkah engkau duhai hatiku?

 Persediaan hati perlukan peroses tarbiah tersusun bermula dengan tazkitah an-nafs dan mua'lajatul ujub(mengikis keaiban) .mujahadah yg dituntut amatlah perit dan bukan sedikit.ia tidak boleh diambil mudah!hanya dorongan iman dari hati yg diproses utk dekat dengan allah akan memampukan seseorg melakukan setiap ap yg diperintahkan oleh allah s.w.t.serta menjauhi segala larangan-nya secara menyeluruh.inilah hakikat perhambaan sebebarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan allah.
 
Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan allah dalam setipa detik nadi mereka berdenyut .setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kpd cinta allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dala tingkah laku kita.kita cintakan ISLAM KAFFAH!! bukan sekadar sistem pentadbiran yg perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu islami merangkumi hati,pemikiran dan amalan .berkata Hassan al-hudaibi:tegakkan islam dalam diri ,nescaya tegaklah islam di muka bumi.wahai diri bagaimanakah praktikalnya?
 
Kekuatan hubungan dengan allah sahajalah yg menjadi tenaga penggerak hati,rasa ,pemikiran dan sahsiah diri  sejajar  dengan syarat-syarat keislaman.inilah rahsia kekuatan sebenar yg akan mencorakkan seseorg dengan corakan allah s.w.t(sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun dikhalayak ramai ,gelap atau terang,susah atau senang,setipa ketika,dimana sahaja .inilah proses didikan yg dilakukan oleh rasululah s.a.w. kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-quran yg unik .

 Iman mereka di iktiraf oleh allah dan apa yg wajar di contohi ialah keimanan mereka,cara mereka berhubung dengan allah dan rasulnya,keyakinan mereka ,cara mereka berfikir dengan tingkah laku mereka .hakikat ini perlu diyakini dan dirasai utk mengikut jejak langkah mereka.sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan U'BUDIYYAH kpd allah,maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yg utama.
 
Hakikat ini perlu dirasai agar setipa rasa,pemikiran,tingkah laku kita selaras dengan kehendak allah,jernih dengan fikrah islam yg dibawa oleh rasulullah s.a.w .itulah generasi al-quran yg unik .oh hati!!.kenapa ruhiyyahmu gersang?adakah kau jauh drpd allah?aduhai..sebeginikah yg akan membawa org mengenali allah?oh hati!!

Friday, November 25, 2011

DENGARILAH WAHAI TEMANKU SAYANG

Temanku ,
allah menciptakan manusia sama,
dengan sebaik2 kejadian,
cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
ada yg lalai dengan angan-angan,
ada yg tekun berusaha,
tentu nasib mereka berlainan,
kerana allah maha adil sifat nya,
kelalian dibalas kegagalan,
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
kau diberi peluang membuat pilihan,
kau jua yg tanggung natijahnya.
sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian(surah al-tin;4)

sedarlah temanku,
kita musafir di dunia,
kita akan pulang kepadanya,
hidup di dunia akan di tanya,
adakah diisi dengan sebaiknya,?
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhina?
tanpa ilmu sebagai bekanal,
kelak di sana rendah darjatnya,
allah akan mengangkat orang beriman diantara kamu dan org beilmu bebrapa darjat
.(surah al-mujadalah:11)

temanku,
renugilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara memenuhinya,
begitu juga kita,
jika tidak di isi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
diri kita perlu pengisian,
dengan ilmu dan agama,
agar hidup dekat dengan nya,
barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,
kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati tg takutkan tuhan,
oleh itu ,tekadkan keyakinan,
kau ummat pilihan,
you are the best ummah.(ali imran:110)
sesungguhnya org yg paling mulia di sisi allah adalah org yg paling bertaqwa,(al-hujrat:13)
jelaska visi perjalanan,
ya tuhan kami beilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka,(al-alaq:1-2)
sedarlah kita pemikul amanat tuhan,
'sesungguhnya kemi telah mengemukan amanat kpd langit,bumi dan gunung -ganang,
maka semuanya enggan pemikul amanat itu dam mereka khuatir akan mengkhianatinya,
dan dipikulah amanat itu oleh manusia,sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh(kerana mahu menerima tugas tapi tidak melaksanakan')(al-ahzab:72)
ketinggian seseorang kerana beriman,
'janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman'(ali-imran:139)

lantaran itu,carilah redha tuhan,
dengan melakukan sebaik2 amalan,
usaha x istiqomah- malas/masa+ yakin,
asas kejayaan
'allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri'(ar-ra'd:11)
'jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yg diberkan allah dan rasul-nya kpd mereka dan berkata:cukuplah allah bagi kami ,allah akan memberikan kpd kami sebahagian kurnia-nya dan demikian pula rasil-nya,sesungguhnya kami adalah org yg berharap kpd allah,(tentulah yg demikian itu lebih baik bagi mereka)'(at-tawbah:59)

temanku kau tak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian yg dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-nya,
jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
tapi,kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal menderita,
tiada nilaian pahala dari-nya,
malahan kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia2 kan amanah beharga.

temanku,
bangkitlah lenamu yg panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau jatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan utk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

berjuanglah temanku sayang,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kite derita dengan usaha,
kelak kita akan di muliakan,
jika tidak di dunia,
nun di syurga.

karya fatimah syrha.(tautan hati)

Tuesday, November 22, 2011

cuti sekolah??ap yg shabat2 lakukan??

assalamualaikum!!
allah sentiasa menguji hambanya yg beriman,
sabarlah dalam menghadapi ujian dari Nya,
sahabat2 ana yg ana sayangi,
curi sekolah telah bermula,
apa aktiviti sahabat2?
adakah sekadar duduk menonton tv?
atau asyik melayari internet?
atau asyik maen game?
atau mesej n chating ?
sepanjang hari..
sahabat2 ana..
muhasabah diri kita..
adakah perkara yg kita lakukan pada hari ini dapat menambahkan pahala kita?
atau makin berkurangan pahala kita?
atau same  sahaja pahala kita tidak bertambah?
mari kita ingat kembali..apa tujuan kita diciptakan didunia ini?
adakah untuk berseronok?
berseronok itu adalah fitrah manusia..
tpi kita diciptakan oleh allah utk sentiasa beribadat kpdnya.
untuk sentiasa mengingatinya..
ermm..fb,henset,game itu sume adalah ujian utk kite.
allah menguji kita..samada kite leka dgan perkara yg tak membawa manfaat kpd kita.
atau kita terus mengingatinye..
mari kita sama2 muhasabah diri kite..
adakah kite banyk meluangkan masa dengan fb,henset ,maen game atau kekasih kita.(ALLAH)
jika kita banyk meluangkan masa dengan perkara yg tidak membawa faedah kpd kita..
kurang2 kan lah melakukan perkara yg sia-sia..kerana ia tidak membawa ap2 faedah kpd kite..
banyak2 kan lah melakukan kebaikan.
oleh itu di waktu cuti ini lah..
kita harus memanfaatkan masa yg ad utk beribadat kpd allah
bukannye tak boleh utk menonton tv,maen game,atau melayari internet..
bolehh..tapi ad jadualnya..
tak bolehlah  buat suatu perkara itu sehingga lupa utk solat..
solat itu wajib utk kite semua umat isalam.
haa sahabat2 ana..
tak kan kita nak lakukan solat yg wajib je..
ermm.klu shabat2 nak mendpt result yg gempak dlm peperiksaan..
mest shabat2 sume study bersungguh2 kan..
cikgu x suruh buat latihan pon kite buat..
maklumlah nk dpat result yg gempaklah katekan..
haa!!same lah jugak..klu shabat2 solat yg wajib je..
dapat pahalakan..tpi cuba shbat2 bandingkan pahala shabt2 dengan org yg solat yg wajib ..lepas2 org tu solat sunat pulak..mesti org tu dpt lebih banyak ganjaran pahalakan..
cuti kan bynk masa..so..ap salahnya..
solat lah sunat sekali.setelah itu baca quran.
serta basahilah bibir dengan zikrullah.
bagun malam bertahjud.
sebagai tanda kita sentiasa mangingati kekasih kite.
adakah kite lebih mengutamakan mengingati bende laen drpd mengingati kekasih kita yg kekal abadi(allah).?
di kesempatan ini ..marilah kita sama2 mencari redha ilahi..
sentiasa berhubung dengan kekasih hati kita(allah).
mari kite rebut ganjaran pahala ..
utk melayakkan kite memasuki syurga allah taala...

sahabat2 ana yg ana sygi...
peringatan ini adalah utk sahabat2dan diri ana sendiri ..
yg lemah ini..selalu melakukan kesilapan..
jadi..marilah sama2 kita renungkan2..
ana sayang kamu semua kerana ALLAH..
ASSLAMUALAIKUM!!^_^

Wednesday, November 16, 2011

Saling Memberi Nasihat Antara Yang Muda dan Tua



Tidak ada sesuatu yang ALLAH S.W.T lebih mencintai kecuali seorang pemuda yang menasihati orang tu.
ALLAH S.W.T lebih mencintai seorang pemuda yang beribadat daripada seorang tua yang beribadat.
Ambillah masa muda kamu sebelum kamu menjadi orang tua yang tersangat tua dengan memperbanyakkan istighfar. Mudah-mudahan agama ini dapat ditolong di tangan kamu.
Sumber : Buku “Peringatan untuk mereka yang terpedaya” terbitan AL-HIDAYAH
Tentang Ukhwah (Hubungan)
kalo kite berukhuwah kerna Allah…iktan itu akn sentiase memegang kite supaye sentiase igt pd Allah .. x lalai ngan hubungan dunie.. sentiase ade pengisian ttg kehidupan tuk dunie n akhirat sampai 1 tahap kite akan merasai kemanisan berukhuwah…n ukhuwah i2 akan kite kenang smpai bile2…
muhammad safwan: dlm berukhuwah ade kekurgn n kelebihan ….setiap ahli sume nye x perfect ..so kite kene melengkapi antr 1 same len..segale klmhn sahabat kite bley tutup ngan kelebihan kite ade…
baru lh 1 jemaah akan menjd utuh n tidak mudah d pengaruhi oleh anasir luar…
Sumber : kawan
“Mukmin yang jujur adalah seseorang yang banyak berfikir di dunia dan manusia yang paling bahagia adalah yang banyak berfikir di dunia”
“Di antara tanda-tanda orang soleh ialah warna kulit yang kuning (banyak bangun malam) , mata yang sayu (banyak menagis) , keadaan tubuh yang lemah (selalu menahan lapar) “
“Syaitan mudah masuk melalui kekenyangan jadilah tahanlah lapar kamu agar kamu tidak mudah digoda oleh syaitan.”
“Gunakanlah hatimu untuk selalu berzikir kepada ALLAH S.W.T kerana hati sangat cepat lupa kepada ALLAH S.W.T”
Kepada perempuan – KHASNYA
“jadilah kain yang terbungkus rapi di dalm lemari karena harga jualnya lebih mahal di bandingkan kain yang sudah terbuka bungkusnyaa apa lagi kain tuu udah di pegang sama pembelinya abahkan x mau orang membelinya”
Calon Suami/ Isteri
1. dia beragama isalam dan bertaqwa kepada allah dan mejalani perintahnyaa dan menjauhi larang-Nya
2. dia mempunyai akhlakul karimah
Imam Ali ra pernah berujar : “Manusia itu sangat malas membaca, kalaupun ia membaca/belajar ia susah untuk mengerti/faham, kalaupun ia mengerti/faham ia susah untuk mengamalkan, kalaupun ia mengamalkan ia susah untuk ikhlas”. Allah SwT berfirman : Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan….(Qs. An Nisaa’ (4) ; 125)
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana
Sebagai info..

Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” – Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.”Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi -SALAM PERJUANGAN-
Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.”(Salman al Farisi/Az Zuhd, Imam Ahmad)



Friday, November 4, 2011

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH


Analogi Harimau dan Nyamuk

        Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!
Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
       Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!
Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
        Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? 
Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?     
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.
Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang. 
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)
“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)


Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

            Sms tanpa  urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
            Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram. 
Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.
Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat  bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya, 
Dah makan ke? 
Tengah  buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa? 
Dah tidur ke?  
Adakah  ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih  tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah. 
Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Cinta Fitnah
            Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).
            Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”
            Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:
حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).
          Soal cinta amat akrab dengan soal hati.  Oleh sebab  itulah hati perlu  berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta  dan sayang yang suci itu terheret  menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota  badan  seperti lidah,  tangan,  kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.    

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
            Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
 (رواه مسلم والبخارى وأبو داود)
Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil  sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan  sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan  terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.
Remaja Yang Dikagumi Allah

            Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
            Allah SWT mengingatkan kita,
الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)
“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”
            Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri.  Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
            Sabda Rasulullah SAW,
  • عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
  • Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)

Friday, August 26, 2011

~PESANAN BUAT SHABAT2 ANA!











assalamualaikum w.b.t...
hari ni ana ingin berkongsi info dengan sahabt2 ana sume  ..
ana tak tahu nk tulis tajuk apa tntang info nih..
info ini ana tuju kan kpd shabat2 ana dan juga kpd ana sndiri..
#aturan pergaulan
~menjaga pandangan dari kedue belah pihak
tidak boleh melihat aurat ,tidak bolah memandang dengan sahwat,dan tidak memandang tanpa keperluan.
Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:"katakanlah kpd lelaki yg beriman,hndaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu lebih suci bgi mereka.sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka lakukan."katakanlah kpd wanita yg beriman,hendaklah mereka menundukkan pandangan dan memeliha kemaluannya..(surah an-nur:30-31)


~memakai pakaian menutup aurat dan sopan.
bagi kaum muslimat  hendaklah memakai  pakaian yg menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
selain itu tidak boleh memakai baju yg nipis dan ketat sehingga menampakkan bntuk tubuh .
ermm..maklumlah sekarang ni dunia semakin maju.pakaian pon makin maju .jadi shabat2 ku pilihlah pakaian yg mengikut syariat islam.Allah berfirman yg bermaksud:dan jgnlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yg zahir pdnya dan hendaklah mereka menutup belahan bajunya dengan tudung kepala mereka".(surah an-nur :31)
menurut ulama kontemporari,syeikh yusuf al-qadrawi ,yg dimaksudkan dengan perhiasan perempuan dalam ayat ini ialah apa sahaja yg dipakai utk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah,rambut,potongan badan ataupun buatan seperti pakaian ,perhiasan dan sebagainya.


~mematuhi adab-adab muslimah
semasa bercakap hindarilah perkataan yg merayu dan membangkitkan rangsangan.kadang2 tanpa kita sedari
terkeluar perkataan yg mcm ni..jika kita ada bercakap perkataan yg mcm ni..cptlah beristigfar kpd allah .
 seterusya,ketika berjalan dan bergerak  tidak boleh memancing pandangan dengan lenggang-lenggoknya.dengan ini,wahai sahabat2ku jagalah cara anda berjalan..
 Dan jangan memakai pakaian yg tabarruj sehinggan menarik perhatian semua org .kemudian menjauhkan diri dari bau- bauan yg harum dan warna -warna perhiasan yg seharusnya dipakai dirumah 
bukan pertemuan dengan kaum lelaki.
Jangan berdua-duaan tanpa bersama mahram.kerana jika berduan diantara lelaki dan perempuan ditengah2 itu adalah syitan .


  Sampai sini sajalah yg ana dpt berikan info kpd shabat2 ana.kita ini cuma hamba Allah yg tidak pernah alpa dari membuat kesilapan.setiap kesilapan yg kita buat mohonlah keampunan kpd allah.ana harap shabat2 ana menjadi seorg isalam yg soleh dan solehah ,berpakaian mengikut syariat islam,dan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.insyallah..


ILALLIQA" ^_^

Saturday, August 20, 2011

.:ana akan merindui mu:.

Assalamualaikum...
Hari berlalu hari..masa berjalan dengan cepat sekali..
Hampir sebulan kita bersama..berjalan bersama2..makan bersama2..
Solat bersama2..berdoa bersama2..semua bersama2..
Tpi kini tinggal beberapa hari lagi kamu akan tinggalkan ana.
Berat hati ini utk berpisah dengan mu..
Ana pasti akan sedih kerana akan berpisah dengan  mu.
Kerana kamu telah mengajar ana ap itu erti pengorbanan,keikhlasan,ketaatan dan banyk lagi..
YA ALLAH.terima kasih kerana mempertemukan hambamu ini dengannya..
Ana harap dapat bertemu dengan kamu pada tahun depan ..
Ana akan merinduimu wahai bulan yg mulia "RAMADHAN"

Friday, April 22, 2011

~KELEBIHAN BERSELAWAT~


Telah berkata sesetengah ahli "Arif Billah:


  Pada suatu malam sesudah menunaikan solat isyak,apabila aku duduk bertasyuhhud,
aku terlupa berselawat ke atas NABI SAW.aku bermimpi pada malam itu ,Rasulullah SAW telah menemuiku lalu berkata,"wahai fulan!mengapa engkau tidak berselawat kepadaku malam ini?"
  "aku terlupa ,aduhai Rasulullah SAW,"kata orang Arif itu, "dek trlalu banyak memuji Allah dan bertahmid kepada Nya."
    "tidakkah engkau tahu bahawa Allah SWT tidak menerima segala pujian kepadan Nya,melainkan dengan beraselawat juga kepadaku?"tanya Rasulullah SAW.
Aku tidak dapat menjawab apa-apa pun.
  Lalu Rasulullah SAW berkata lagi."lupakah engkau firma Allah SWT:"sesungguhnya Allah dan para Malaikat NYA berselawat ke atas nabi.maka wahai orang-orang beriman berselawatlah kepadanya dan bertaslimlah (memberi salam) dengan sebaik-baiknya!"(surah al-Ahzab:56)
   Lalu aku tersedardaripada tidurku itu, dan aku menuliskan beberapa bait syair ini:
Berselawatlah ke atas siapa yang sungguh mengembirakan beritanya
Suku bani hasyim yang sungguh mulia keturunanya
Dialah nabi yang benar yang sudah tersebar perutusanya
Kepada sekelian makhluk tidak kira siapa pun dan sudah terkanal keutamaanya
Dialah satu-satunya Rasul yang berdatangan sekelian raja kepadanya
Menjunjung perintah kerana mengharapkan keberkatannya.
Dialah penawar hati membawa cahaya kepada alam keseluruhannya
Yang sakit menjadi sembuh dan yang bengkok sialah yang meluruskannya
Dialah orangnya yang hingga Pemilik arasy berselawat ke atasnya
Setiap matahari terbit dan setiap burung bernyanyi di atas pepohonnya.
dengan ini marilah kita berselawat ke atas junjungan yang mulia nabi muhammad s.a.w.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...