BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, November 27, 2011

OH JIWAKU,MARILAH MERASAI,DEKAT DENGAN ISLAM DEKAT JUA DENGAN ALLAH TAALA.

  Ketahuilah jiwaku,natijah yg nampak seolah-olah islami,tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan allah ,ditolak oleh allah s.w.t dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh allah s.w.t.satu hadis rasulillah s.a.w yg diriwayatkan oleh Abu hurairah r.a  wajar kita renungkan.
 
Perkara pertama yg alan diputuskan di hari kiamat ialah seorg yg mati syahid .maka dihadapkan dan ditanya beberapa nikmat allah kpdnya .setelah diakui banyaknya nikmat allah ,maka ditanya :apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?jawabnya:sayatelah berjuang untuk Mu sehinggalah mati syahid.
jawab allah:dusta engkau.tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian .kemudian diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

 Begitu juga nasib seorg pelajar yg pandai serta mengajar al-quran .allah yang maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan utk terkenal sebagai qori.kemudian diseret ke dalam neraka.
 
Seorang hartawan yg suka menderma ketika hidunya ,juga dicampakkan ke neraka.ini kerana amalnya terputus hubungan debgan allah dan bertujuan utk dikenali sebagai dermawan.
 
 Duhai jiwaku,tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?sedangkan seorg yg mati syahid .qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku?sudahlah sikit amalku,bercampur baur pula dengan karat mazmumah.biarpun hidupku dekat dengan isalam ,namun bersihkah engkau duhai hatiku?

 Persediaan hati perlukan peroses tarbiah tersusun bermula dengan tazkitah an-nafs dan mua'lajatul ujub(mengikis keaiban) .mujahadah yg dituntut amatlah perit dan bukan sedikit.ia tidak boleh diambil mudah!hanya dorongan iman dari hati yg diproses utk dekat dengan allah akan memampukan seseorg melakukan setiap ap yg diperintahkan oleh allah s.w.t.serta menjauhi segala larangan-nya secara menyeluruh.inilah hakikat perhambaan sebebarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan hati dengan allah.
 
Hayatilah bagaimana dekatnya para rasul dan pengikutnya dengan allah dalam setipa detik nadi mereka berdenyut .setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kpd cinta allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dala tingkah laku kita.kita cintakan ISLAM KAFFAH!! bukan sekadar sistem pentadbiran yg perlu islamik tetapi sistem diri kita juga perlu islami merangkumi hati,pemikiran dan amalan .berkata Hassan al-hudaibi:tegakkan islam dalam diri ,nescaya tegaklah islam di muka bumi.wahai diri bagaimanakah praktikalnya?
 
Kekuatan hubungan dengan allah sahajalah yg menjadi tenaga penggerak hati,rasa ,pemikiran dan sahsiah diri  sejajar  dengan syarat-syarat keislaman.inilah rahsia kekuatan sebenar yg akan mencorakkan seseorg dengan corakan allah s.w.t(sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun dikhalayak ramai ,gelap atau terang,susah atau senang,setipa ketika,dimana sahaja .inilah proses didikan yg dilakukan oleh rasululah s.a.w. kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-quran yg unik .

 Iman mereka di iktiraf oleh allah dan apa yg wajar di contohi ialah keimanan mereka,cara mereka berhubung dengan allah dan rasulnya,keyakinan mereka ,cara mereka berfikir dengan tingkah laku mereka .hakikat ini perlu diyakini dan dirasai utk mengikut jejak langkah mereka.sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan U'BUDIYYAH kpd allah,maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yg utama.
 
Hakikat ini perlu dirasai agar setipa rasa,pemikiran,tingkah laku kita selaras dengan kehendak allah,jernih dengan fikrah islam yg dibawa oleh rasulullah s.a.w .itulah generasi al-quran yg unik .oh hati!!.kenapa ruhiyyahmu gersang?adakah kau jauh drpd allah?aduhai..sebeginikah yg akan membawa org mengenali allah?oh hati!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...