BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, April 22, 2011

~KELEBIHAN BERSELAWAT~


Telah berkata sesetengah ahli "Arif Billah:


  Pada suatu malam sesudah menunaikan solat isyak,apabila aku duduk bertasyuhhud,
aku terlupa berselawat ke atas NABI SAW.aku bermimpi pada malam itu ,Rasulullah SAW telah menemuiku lalu berkata,"wahai fulan!mengapa engkau tidak berselawat kepadaku malam ini?"
  "aku terlupa ,aduhai Rasulullah SAW,"kata orang Arif itu, "dek trlalu banyak memuji Allah dan bertahmid kepada Nya."
    "tidakkah engkau tahu bahawa Allah SWT tidak menerima segala pujian kepadan Nya,melainkan dengan beraselawat juga kepadaku?"tanya Rasulullah SAW.
Aku tidak dapat menjawab apa-apa pun.
  Lalu Rasulullah SAW berkata lagi."lupakah engkau firma Allah SWT:"sesungguhnya Allah dan para Malaikat NYA berselawat ke atas nabi.maka wahai orang-orang beriman berselawatlah kepadanya dan bertaslimlah (memberi salam) dengan sebaik-baiknya!"(surah al-Ahzab:56)
   Lalu aku tersedardaripada tidurku itu, dan aku menuliskan beberapa bait syair ini:
Berselawatlah ke atas siapa yang sungguh mengembirakan beritanya
Suku bani hasyim yang sungguh mulia keturunanya
Dialah nabi yang benar yang sudah tersebar perutusanya
Kepada sekelian makhluk tidak kira siapa pun dan sudah terkanal keutamaanya
Dialah satu-satunya Rasul yang berdatangan sekelian raja kepadanya
Menjunjung perintah kerana mengharapkan keberkatannya.
Dialah penawar hati membawa cahaya kepada alam keseluruhannya
Yang sakit menjadi sembuh dan yang bengkok sialah yang meluruskannya
Dialah orangnya yang hingga Pemilik arasy berselawat ke atasnya
Setiap matahari terbit dan setiap burung bernyanyi di atas pepohonnya.
dengan ini marilah kita berselawat ke atas junjungan yang mulia nabi muhammad s.a.w.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...