BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, November 25, 2010

Andai AL-QURAN bisa berbicara...














andai al-quran bisa berbicara..
ia akan berkata:
waktu kau masih anak-anak kau bagai teman sejati ku..
dengan wudhu" kau sentuh ku..
dalam keadaan suci kau pegang ku..
kau baca dengan lirih dan keras...
sekarang kau telah dewasa..
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi pada ku..
apakah aku bacaan usang??
yg tinggal sejarah??
sekarang kau simpan aku degan rapi..
kau biarkan aku sendiri..
aku menjadi kusam dalam almari..
berlapis debu,dimakan kutu..
ku mohon peganglah aku lagi..
bacalah aku setiap hari..
kerana aku akan menjadi peneranag dalam kuburmu..


wahai shabat-sahabat ku..
al-quran adalah mukjizat allah yg x ternilai kpd kita..
oleh itu hargai lah al-quran..
bacalah al-quran..
jadikan al-quran sebagai pendamping hidup kita..

Wednesday, October 13, 2010

Cinta ilahi..

Kanvas cinta ini terlukis wajah muslimah
Yg hidupnya berkhemah..
Yg hiasan rindunya takkan lemah..
Walau di hunus 1000 mehnah..


Pada hijab rindu ..
Terserlah pada qalam..
Dialah muslimah acuan Quran..


Bila ombak rindu..
Mula mengemis rasa kasih..
Hati terkapai mencari makna.
Gemersik rayuan bagai penawar lara..


Lalu sejalur nur menerangi memimpin laluan..
Akhirnya ku temui hakihat cinta agung ..
CINTA ILAHI..

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorg yg melabuhkan cintanya padamu.
Agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaimu..


Ya muhaimin, jika aku jatuh hati ,
Izinkan aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut pdmu.
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku pdmu..
Agar tidak berpaling daripd mu..


Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorag yg merindui syahid di jalanmu..


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu..
Jaganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan .
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakirmu..


Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Jagan biarkan aku tertitih dah jatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu..

~wanita.~

Seorang wanita unpama sekuntum bunga ditaman..
Segar mewangi di pelusuk dunia setulus kasih sesuci embun.
Lembut wanita kerana senyumannya..
Cekal wanita kerana beraninya..
Patuh wanita kerana setia..
Sabar wanita kerana imannya..


Kasih wanita kerana belaiannya..
Lemah wanita kerana airmatanya.
Ikhlas wanita kerana simpatinya..
Pendam wanita kerana cemburunya..
Sayang wanita kerana sikap keibuannya..
Tanpa wanita lelaki lemah..
Kerana wanita leleki kalah..

Kadangkala Allah hilangkan mentari...
Kemudian dia datangkan guruh..
Puas kita menangis..
Mencari mana mentari kita..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita..
Pelangi yang indah..

SABAR DUHAI INSAN...
  ADA KEMANISAN DISEBALIK KEPAHITAN INI....

Tuesday, March 30, 2010

renungan..

Setiap masalah ada penyelesaian.
Namun dalam menangani masalah jangan bertindak sendirian.
Kelak kita yang rugi.
Sebaiknya berbincanglah terlebih dahulu dengan org lebi tua kerana mereka lebih arif dan berpengalaman..



Bakat dan kebolehan diri seseorang pasti terserlah jika seseorang itu
menanam cita-cita,iltizam dan ketekunan.
usaha yang berterusan untuk mencapainya pasti akan membuahkan kejayaan cemerlang.


Dalam setiap tindakan ,
Piarlah mengikut pimpinan hati dan akal.
Bukan mengikut nafsu dan perasaan.
Itulah cara yang paling berhikmah .
Pasti tiada yang tersinggung.


Tidak semua orang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
Sesiapa yang mendapat hidayah hendaklah memeliharanya bersungguh-sungguh kerana ia suatu anugerah yang tiada tolok bandingnya.



Allah tidak memandang pada bentuk dan rupa seseorang.
Allah juga tidak memandang pada harta kekataan yang dimiliki.
Sebaliknya,Allah memandang pada akhlak baik yang dimiliki seseorang.
Akhlak yang cemerlang itulah harta yang hakiki..




Berbuat baik kepada org baik itu biasa..
Berbuat jahat kepada org baik itu zalim.
Berbuat jahat kepada org jahat itu dendam..
Berbuat baik kapada org jahat itu Ihsan..



Jadilah seperti mutiara didasar laut yg susah didapati..
Jangan jadi seperti batu di tepi jalan yang senang didapati..



Mencari muslimah sejati
Umpama mencari permata di tengah kaca
Nilainya tinggi bersinar gemilang
Menerangi kegelapan maya..



Sahabat sejati adalah mereka yg sanggup
berada disisimu ketika kamu memerlukan
dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya
berada di tempat lain yg lebih dari sepantasnya..



Kata-Kata yg diucapkan sembarangan dapat
mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yg kejam dapat menghancurkan sesuatu kehidupan.
Kata-kata yg diucapkan pada tempatnya dapat
meredhakan ketegagan .
Kata-kata yg penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati..



Jagalah dirimu baik-baik
usahakan kemuliaan,
kerna engkau dipandang manusia bukan kerna rupa
tetapi kesempurnaan budi dan adab..



nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
akal mengatakan permpuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintaran.
hati mengatakan permpuan itu cantik atas dasar akhlaknya..



Tanda-tanda org yg budiman ialah dia akan berasa gembira
jika dapat berbuat kebaikan kpd org lain
dan dia akan berasa malu jika menerima kabaikan drpd org lain.


Friday, February 19, 2010

wanita..

Cantiknya wanita kerna kejernihan wajah,
Manisnya wanita kerna senyumannya,
Ayunya wanita kerna kesederhanaan lahiriah,
Hebatnya wanita kerna kesabarannya,
Mulianya wanita kerna keimanan dan cintakan ALLAH.

zinnirah..

HADIRMU BERSAMA KUNTUM SENYUMAN,
WALAUPUN DIRIMU HAMBA TAWANAN,
KAU JADI IMPIAN FIRDAUSI,
KAU JADI PINGITAN HIASAN DUNIAWI,
WALAU TAK PERNAH MELIHATMU,
ZINNIRAH,

MATAMU JADI TARUHAN,
GANTIAN LARA NILAIAN IMAN,
AYUH BERSAMA KITA SUSURI,
PERJALANAN DERITA INI,
TERLINDUNG SUDAH INDAHNYA MAYA,
NATA HATIMU TETAP MENYALA,

OH ZINNIRAH,
KAU UMPAMA BINTANG DI MALAM HARI,
MENERANGI ALAM DAN DITEMANI CAHAYA PURNAMA ,
SELAUT KASIH KAU HAMPARLKAN UNTUK ILAHI ,
TIADA SEMPADAN DAN TIADA BERTEPI,

OH ZINNIRAH,
KAU UMPAMA BINTANG DI MALAM HARI,
MEMERANGI ALAM MAYA DAN DITEMANI PURNAMA ,
CINTA MURNI YANG KAU DAMBAKAN UNTUK ILAHI ,
TIADA SEMPADAN DAN TIADA BERTEPI,

OH ZINNIRAH,
KAU SERIKANDI SUNYI,
BERSENDIRIAN DI MEDAN NGERI,
DAN BERSUARA SEPENUH BERANI,
KASIH SUCI YANG KAU HULURKAN UNTUK ILAHI,
MENAGIH KORBAN KASIH ABADI,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...