BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, March 30, 2010

renungan..

Setiap masalah ada penyelesaian.
Namun dalam menangani masalah jangan bertindak sendirian.
Kelak kita yang rugi.
Sebaiknya berbincanglah terlebih dahulu dengan org lebi tua kerana mereka lebih arif dan berpengalaman..



Bakat dan kebolehan diri seseorang pasti terserlah jika seseorang itu
menanam cita-cita,iltizam dan ketekunan.
usaha yang berterusan untuk mencapainya pasti akan membuahkan kejayaan cemerlang.


Dalam setiap tindakan ,
Piarlah mengikut pimpinan hati dan akal.
Bukan mengikut nafsu dan perasaan.
Itulah cara yang paling berhikmah .
Pasti tiada yang tersinggung.


Tidak semua orang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
Sesiapa yang mendapat hidayah hendaklah memeliharanya bersungguh-sungguh kerana ia suatu anugerah yang tiada tolok bandingnya.



Allah tidak memandang pada bentuk dan rupa seseorang.
Allah juga tidak memandang pada harta kekataan yang dimiliki.
Sebaliknya,Allah memandang pada akhlak baik yang dimiliki seseorang.
Akhlak yang cemerlang itulah harta yang hakiki..




Berbuat baik kepada org baik itu biasa..
Berbuat jahat kepada org baik itu zalim.
Berbuat jahat kepada org jahat itu dendam..
Berbuat baik kapada org jahat itu Ihsan..



Jadilah seperti mutiara didasar laut yg susah didapati..
Jangan jadi seperti batu di tepi jalan yang senang didapati..



Mencari muslimah sejati
Umpama mencari permata di tengah kaca
Nilainya tinggi bersinar gemilang
Menerangi kegelapan maya..



Sahabat sejati adalah mereka yg sanggup
berada disisimu ketika kamu memerlukan
dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya
berada di tempat lain yg lebih dari sepantasnya..



Kata-Kata yg diucapkan sembarangan dapat
mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yg kejam dapat menghancurkan sesuatu kehidupan.
Kata-kata yg diucapkan pada tempatnya dapat
meredhakan ketegagan .
Kata-kata yg penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati..



Jagalah dirimu baik-baik
usahakan kemuliaan,
kerna engkau dipandang manusia bukan kerna rupa
tetapi kesempurnaan budi dan adab..



nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
akal mengatakan permpuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintaran.
hati mengatakan permpuan itu cantik atas dasar akhlaknya..



Tanda-tanda org yg budiman ialah dia akan berasa gembira
jika dapat berbuat kebaikan kpd org lain
dan dia akan berasa malu jika menerima kabaikan drpd org lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...